Tak Sangka 7 Selebriti Hollywood Ini Mempunyai Hobi Yang Pelik!

Posted on

Hobi membawang? Tidak hairanlah dengan hobi membawang kerana ada orang mempunyai hobi yang lagi pelik dan menghairankan terutama selebriti popular. Pasti anda bayangkan hobi yang dilakukan mereka bergaya dan istimewa, bukan? Tetapi tahukah anda, selebriti Hollywood ini mempunyai hobi di luar kotak. Wow, apa itu?

1.Johnny Depp
 

Mungkin inilah rahsia awet muda Johnny Depp. Hobinya yang suka mengumpul patung ‘Barbie’ membuatkannya lebih tenang. 
 
“Saya suka bermain dengan Barbie. Ia satu perkara yang hebat untuk dilakukan dengan anak-anak anda,” katanya. 
 
Johnny memiliki koleksi Barbie yang banyak, termasuk Beyonce dan Lindsay Lohan. Malah, dia juga menghias anak patung itu dengan trend Hollywood terkini. Siapa cakap lelaki bermain anak patung tidak cool?
 
2.Tom Hanks


 
Aktor filem Cast Away dan Forrest Gump ini telah memenangi banyak Anugerah Akademi. Hobinya agak ganjil dan boleh dikatakan sedikit hipster. Hanks suka mengumpul mesin-mesin lama dan antara yang paling diminatinya adalah mesin taip manual. Jika anda seorang penulis yang suka menaip atau peminat Hanks, periksa aplikasinya, Hanx Writer!
 
3.David Arquette

Foto: Google

Popular selepas muncul dalam filem Scream, hobi pelakon ini agak janggal bagi seorang lelaki. Diajar oleh neneknya untuk mengait pada usia muda, Arquette tidak malu dan kekok  dengan kebolehannya malah muncul sebagai muka depan sebuah penyelidikan kanser payudara, “Celebrity Scarves 2: Hollywood Knits for Breast Cancer Research.” 

4.Claudia Schiffer

Foto: Google

Bekas kekasih kepada ahli silap mata, David Copperfield ini mungkin dilihat anggun setiap masa. Tetapi, jika anda mengetahui hobinya pasti berasa hairan. 
 
Wanita ini mengakui dirinya meminati serangga. Schiffer terpesona dengan labah-labah dan berasa puas dengan koleksi serangga itu. Tidak percaya? Lihatlah pakaian yang direka Schiffer, pasti anda menemui logo labah-labah untuk mencerminkan cintanya!

5.Taylor Swift

Bukan sahaja berjaya menggengam dunia melalui muziknya, Swift juga mampu ‘menggenggam’ seluruh bumi dengan hasil ciptaan daripada hobinya. Hobi Swift membina glob yang biasa didapati di kedai cenderahati itu menjadi pilihannya biarpun sentiasa sibuk. 
 
6.Mila Kunis

Aktres popular ini bukan sahaja hebat berlakon, malahan seorang yang mahir bermain permainan di internet. Ketika diwawancara oleh Jimmy Kimmel, Kunis mengakui bahawa dia pernah menghabiskan banyak masa bermain “World of Warcraft.” 

Menurut Kunis, obsesinya dengan permainan itu sangat teruk sehingga dia terpaksa memaksa dirinya untuk berhenti. Di samping ketagihan ini, Kunis juga mendedahkan dia peminat setia Star Trek dan telah menghadiri konvensyen itu.

7. Angelina Jolie

Foto: Google

Pelakon utama Tomb Raider ini sentiasa kelihatan lembut dan penyayang, tetapi sebenarnya berjiwa kental. Gemar mengumpul pisau belati, hobinya itu bermula apabila ibunya menghadiahkan sebilah pisau lipat kepadanya ketika berusia 12 tahun. 
 
Amboi, boleh tahan juga hobi selebriti Hollywood ini ya!

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *