Sungguh Tak Sangka.. Khasiat Daun Kaduk Boleh Menurunkan Kolestrol Secara Semulajadi

Posted on

Daun kaduk atau nama saintifiknya piper sarmentosum mempunyai rupa seperti daun sirih tetapi daunnya lebih lembut dan pedas sedikit apabila dimakan, sesuai dijadikan ulam untuk dimakan bersama nasi.

Daun kaduk mempunyai khasiatnya tersendiri terutamanya dalam bidang perubatan. Ada perkongsian daripada Aisyah tentang bagaimana merawat kolestrol tinggi menggunakna daun kaduk ni.

Hari ni terasa nak share cara natural turunkan kolestrol. Ada orang, makan macam2 ubat pun kolestrol tak turun2, jadi why not try cara tradisional kan. Kot2 terus turun kolestrol tu.

Petua ni sepupu aisyah yang ajar, sebab dia pun ada kolestrol. Lepas dia amalkan minum air daun kadok ni, kolestrol dia terus hilang dan tak dapat dikesan lagi. Perghh! magic sungguh daun kadok ni kan.

Ok, ni cara buat dia. Cara dia senang jek, amik 7 helai daun kadok, pastu tuang air panas. Minum masa suam, sampai kolestrol hilang. Kalau nak buat ulam pun bagus tau.

Daun kadok ni ada khasiat lain juga seperti:

  1. merawat sembelit
  2. sakit gigi
  3. demam malaria
  4. lemah dan sakit tulang
  5. melawaskan kencing
  6. melegakan selesema dan batuk
  7. panau, bisul, kuku kena cagu ( tumbuk daun kaduk sampai hancur, lepastu sapu kat kawasan yang ada panau)
  8. bagus untuk masalah usus yang nipis

Ps: kalau nak rebus pun boleh, nak buat urap ke, kerabu ke, pun boleh. Kalau kat rumah tak de pokok kadok, nanti besok jangan lupa check pokok rumah jiran sebelah, kot2 dia ada tanam pokok kadok ni, boleh minta sikit.

Kredit : Aisyah Badar Bajrai

Sumber : Rencah Rasa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *