Pulau Sentinel Utara – Terpencil Di Dunia, Masih Primitif Dan Penuh Misteri

Posted on

 

Pulau Sentinel Utara
 
Pulau Sentinel Utara. Pulau yang sangat cantik, pasirnya memutih dan lautnya membiru. Dilitupi pula pokok – pokok yang merimbun hijau. Dari kejauhan,pulau ini tidak jauh bezanya dengan kepulauan yang lazimnya. Ia seperti tidak berpenghuni, tetapi awas jangan tertipu dengan luaran. 
 
Siapa sangka pulau telah dihuni satu puak yang sangat menggerunkan serta tidak terdedah dengan ketamadunan manusia sejak 60,000 tahun lamanya.
Pulau Sentinel Utara ini terletak dalam gugusan Kepulauan Andaman, berhampiran dengan Teluk Bengal. Pulau ini menjadi kediaman puak Sentinel, dipercayai antara  terakhir di dunia yang tidak pernah di sentuh oleh peradaban manusia moden. Ia kekal terasing dan enggan menerima ketamadunan manusia. 
 
Sifat ini ditunjukkan oleh puak ini terhadap layanan mana – mana manusia asing yang cuba mewujudkan interaksi sosial dengan mereka. Mereka bukan saja tidak menerima orang luar, malah telah menghalakan anak panah yang diukir dari batu sambil menunjukkan reaksi marah jika ada yang cuba menghampiri pulau ini. Seperti yang dirakamkan dalam foto di bawah.

 

Puak ini dipercayai ahli antropologi, susur galur keturunan manusia yang bermigrasi keluar dari  Afrika sejak ribuan tahun dahulu. Semasa dalam migrasi,mereka telah terdampar di kepulauan dan telah membina kehidupan di sini bermula 60,000 dahulu. Sejak itu,mereka kekal terasing dari ketamadunan manusia.

 
Pada satu malam, 2 Ogos 1981, kapal kargo yang berpangkalan di Hong Kong, MV Primrose telah sesat belayar ke perairan yang sukar dan cetek di Teluk Bengal. Kapal MV Primrose ini telah tersekat di kawasan cetek berbatu karang berhampiran dengan Pulau Sentinel tetapi tidak berisiko untuk tenggelam. Kapten kapal ini, Robert Fore telah melancarkan satu panggilan kecemasan untuk meminta bantuan dengan operator syarikat kapal di Hong Kong. Kapten dan semua krew kapal bertahan di atas kapal sementara menanti bantuan. 
 
Kapal karga MV Primrose yang tersekat pada tahun 1981

Pagi berikutnya, salah seorang krew kapal terpandang pulau yang hanya terletak beberatus ela dari kapal itu. Ia kelihatan tidak berpenghuni dan tidak wujud sebarang aktiviti yang mencurigakan. Hanya pasir pantai yang memutih dan dilatari hutan yang misteri. Kapten Robert Fore yang berpengalaman luas, merasakan sesuatu yang mencurigakan di pulau itu. Beliau mengarahkan semua krew kapal kekal berada di atas kapal dan ditegah keras untuk turun ke pulau itu. 

 
Beberapa hari kemudian,krew kapal menyedari ada sekumpulan manusia yang berkulit gelap muncul dari hutan misteri itu. Tanpa seurat benang dan hanya bersenjatakan primitif seperti anak panah dan peralatan yang diperbuat batu,mereka cuba menghalau kapal itu dari pantai pulau itu. Panik dengan kehadiran manusia primitif itu,kapten kapal melakukan panggilan kecemasan,kali ini dengan nada yang mendesak,berkata;
 
” Wild men! Estimate more than 50,carrying various homemade weapons. They are making two or three wooden boats. Worrying they will board us at sunset”
 
Semua krew kapal bernasib baik,situasi di perairan yang memisahkan antara kapal itu dan pantai, agak sukar bagi puak – puak itu menghampiri kapal itu. Namun begitu,setiap krew kapal tetap berwaspada dengan dibekali kapak, pistol suar dan batang paip digunakan jika perlu. Seminggu kemudian,semua krew kapal telah diselamatkan oleh helikopter Tentera Laut India. 
 

Foto Carian internet
 
Tetapi tidak semua bernasib baik. Pada tahun 2006, dua orang nelayan India telah dibunuh ketika bot mereka tidak sengaja menghampiri pesisiran pulau. Mereka melabuhkan sauh diperairan Pulau Sentinel, malang bagi mereka, sauh tersebut gagal berfungsi. Bot tersebut terhanyut hingga menghampiri pantai. Nelayan tersebut tidur terlalu lena,tidak menyedari apa yang berlaku. Akhirnya mereka diserang dan dibunuh oleh puak – puak tersebut. 
 
Kerajaan India melalui pasukan pengawal pantainya, telah menghantar helikopter ke pulau tersebut untuk mengambil mayat – mayat nelayan itu. Tetapi mereka telah diserang dengan anak -anak panah menyebabkan pasukan pengawal pantai itu berpatah balik tanpa mayat – mayat nelayan itu. Kerajaan India memutuskan untuk tidak mendakwa puak itu tetapi telah memutuskan semua usaha untuk mewujudkan interaksi sosial dengan puak Pulau Sentinel dihentikan serta merta. Malah Pulau Sentinel telah menjadi tempat larangan untuk dilawati oleh pelawat.
 
Kini, Pulau Sentinel Utara kekal terasing dari kehidupan peradaban manusia. Para ahli antropologi berpendapat,prinsip mereka yang enggan menerima kehadiran orang luar wajar dihormati. Jika tidak,seluruh kehidupan puak tersebut terancam kerana mereka tidak mempunyai imuniti daya kekal tahan penyakit. Kepada rakyat Malaysia,berhati – hati dengan Pulau Sentinel ini kerana kedudukannya begitu hampir dengan Laut Andaman yang jarak sebenarnya tidak begitu jauh dari Semenanjung Malaysia. Usah tertipu dengan keindahan luaran, kerana ia sebenarnya tersembunyi kekejaman dek puak yang ingin kekal dalam hidup primitif. 
sumber : Youtube- channel Geobrother,Google satelite,Robert Fore picture, CARI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *