Psychologist Dedah Memori Perempuan Lebih Kuat Berbanding Lelaki, No 12 Mesti Ramai Setuju Kan?

Posted on

Semestinya lelaki dan perempuan itu diciptakan berbeza dari pelbagai aspek dan pemikiran. Bagi wanita , mereka susah nak memahami kaum lelaki manakala lelaki pula berpendapat memang sukar untuk memahami perasaan golongan wanita ini.

Aiman Amri, pembantu Psychologist ini berkongsi perbezaan senario pemikiran dan tingkah laku antara lelaki dan perempuan menerusi laman Twitter miliknya. Thread ini akan membincangkan perbezaan cara pemikiran antara perempuan dan lelaki menurut istilah sains. Korang nak tahu apa bezanya? Jom…

Apa beza antara kita?

tak dinafikan cara pemikiran lelaki dan wanita amat berbeza. Korang setuju tak? 12 points ini akan melihat dari aspek sains dalam otak manusia.

Perempuan banyak berfikir

Sel otak antara lelaki dan perempuan adalah tak sama. Sebab itulah perempuan mengalami persoalan hidup yang banyak sebab mereka suka sangat berfikir.

Lelaki lebih hebat parking

Perempuan juga hebat dalam menyimpan banyak perkara dalam memorinya. Ingatan mereka juga bagus berbanding lelaki. tetapi, otak lelaki ada Spatial Intelligence (kefahaman ruang 3D, jarak) sebab itu lelaki boleh parkir kereta dengan pantas.

Lebih spesifik

Perempuan juga lebih spesifik dan teliti dalam setiap aspek. Korang pernah tak ditanya isteri ketika hendak keluar rumah? Wajib akan ada soalan-soalan ini. Nak ke mana? Dengan siapa? Dimana?… Bukannya apa, mereka risau saja.

Sel kulit lelaki juga ada banyak deria saraf yang sensitif, mudah teransang. Sebab itulah lelaki tak berpegangan tangan ketika berjalan.

Otak perempuan lebih besar

Deria penglihatan wanita lebih tajam kepada warna. Malah, mereka boleh menghubungkaitkan warna hal yang demikian kepada beberapa perkara lain. tetapi tahukah korang, perempuan mudah mengelamun dan kurang fokus? Kalau tak percaya, cuba sembang lama dengan kawan perempuan korang.

Malah, perempuan memiliki parietal lobe di otak yang lebih besar berbanding lelaki. Parietal lobe ini berfungsi untuk mengawal emosi, perasaan dan bahasa. Sebab itulah emosi dan perasaan perempuan kurang stabil.

Jangan salahkan perempuan

Mengikut fakta sains, otak perempuan mempunyai lebih banyak protein Foxp2 (language protein) dan mereka mempunyai kuota 13-20 ribu perkataan lebih banyak dari lelaki.

Perempuan juga lebih sanggup mengingat pelbagai perkara lepas termasuk tarikh bercinta, tempat bulan madu pertama dan sebagainya. Ini kerana mereka mempunyai faktor warna kelabu yang banyak dibahagian otak.

Ini penting!

Rata-rata korang akan setuju dengan point terakhir ini. Korang pernah tak alami istilah 5 minit perempuan? Tahukah korang yang 5 minit perempuan itu adalah 2 jam bagi lelaki?

Credit: Twitter Aiman Amri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *