Pilih Salah Satu Ekspresi Wajah dan Ia Akan Mendedahkan Personaliti Anda

Posted on

Mata dan otak manusia mempunyai hubungan yang sungguh rumit dan istimewa. Menurut kajian penyelidik, segala apa yang kita lihat terlebih dahulu akan melalui jutaan sel ‘photoreceptor‘ sebelum sampai ke anggota badan lain. Otak akan membaca segala informasi dan menterjemahkannya di dalam fikiran, lalu memberi kita idea akan perkara yang dilihat. Interpretasi dari otak manusia tidak semestinya sama, disebabkan setiap manusia memiliki personaliti berbeza.

Di bawah adalah ujian menarik untuk anda. Pilih salah satu ekspresi wajah sama ada nombor 1 atau nombor 2 dan ia akan mendedahkan personaliti anda.

1.Mana satu wajah yang nampak terkejut?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda seorang yang merendah diri dan sangat mudah untuk bergaul dengan sesiapa sahaja.

Nombor 2. Anda seorang sangat teratur dan menyusun segala perkara mengikut aturan.

2.Mana satu wajah yang nampak bosan?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda seorang yang sangat tenang dan memiliki emosi yang stabil.

Nombor 2. Anda meletakkan harapan yang terlalu tinggi ke atas diri sendiri.

3.Mana satu wajah yang nampak tertekan?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda terlalu bersungguh melakukan pekerjaan sehingga mengikut emosi, berehat seketika.

Nombor 2. Anda tidak suka menurut cara yang terlalu keras dan mengikat, tetapi sukakan gaya yang fleksibel.

4.Mana satu wajah yang nampak ketakutan?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda cenderung berasa risau akan perkara yang berada di luar kawalan, cari langkah untuk berasa tenang.

Nombor 2. Anda seorang yang kuat bekerja, sangat teliti dan mementingkan kesempurnaan.

5.Mana satu wajah yang nampak sedih?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda lebih suka mengelak sebarang perselisihan dan mahu hidup di dalam dunia yang bebas konflik.

Nombor 2. Anda tahu secara tepat dan spesifik akan perkara yang perlu dicapai di dalam kehidupan.

6.Mana satu wajah yang nampak gembira?

Nombor 1. Anda sentiasa bersikap ingin tahu, kehidupan bagi anda bagai satu jalan berliku.

Nombor 2. Anda seorang yang sangat rasional, berterus terang dan sukakan perkara mengikut peraturan.

7.Mana satu wajah yang nampak kecewa?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda sering berfikir dua kali sebelum mula bertindak.

Nombor 2. Anda seorang yang kurang berkeyakinan serta sering meminta persetujuan dan perakuan daripada orang lain.

8.Mana satu wajah yang nampak dilamun cinta?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda seorang yang positif dan tidak mudah mengalah atau kecewa.

Nombor 2. Anda memanfaatkan kehidupan dengan sepenuhnya.

9.Mana satu wajah yang nampak bersemangat?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda seorang yang optimis dan melihat semua perkara dengan sangkaan baik.

Nombor 2. Anda seorang yang tenang dan mudah bergaul.

10.Mana satu wajah yang nampak ingin tahu?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda mempunyai personaliti yang sangat ceria dan menyeronokkan.

Nombor 2. Anda seorang yang suka bersosial dan dikelilingi orang yang penuh bertenaga.

11.Mana satu wajah yang nampak seronok?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda suka berdesas-desus hasil pergaulan dan bersosial dengan orang lain.

Nombor 2. Anda seorang yang berfikiran terbuka dan mempunyai emosi seimbang.

12.Mana satu wajah yang nampak kebingungan?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda seorang yang positif dan tidak mudah berputus asa.

Nombor 2. Anda suka menjadi ketua.

13.Mana satu wajah yang nampak bangga?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda tidak pernah berpuas hati dengan pencapaian dan suka mencabar diri sendiri.

Nombor 2. Anda sering dilihat seperti suka memberontak dan kadang kala bertindak melangkaui batasan.

14.Mana satu wajah yang nampak terperanjat?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda seorang yang bersikap spontan dan impulsif.

Nombor 2. Anda tidak pernah takut kepada cabaran dan tugasan yang sukar, kerana ia akan membuat anda teruja.

15.Mana satu wajah yang nampak tenang?

Kredit :  Depositphotos.com

Nombor 1. Anda merupakan seorang rakan yang sempurna, ramai rakan-rakan yang boleh bergantung kepada anda.

Nombor 2. Anda seorang yang sangat aktif dan sentiasa tidak senang duduk.

Sumber : Bright Side Via Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *