Pertemuan Bermakna Ketika Sambutan Hari Lahir Ibu Dengan Kehadiran Ketiga-Tiga Anaknya yang Merupakan Tentera

Posted on

Bagi seorang ibu, tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bertemu anak-anaknya, lebih-lebih lagi ketika sambutan ulang tahun. Namun, bagi Milvina Garcia, ia adalah mustahil kerana ketiga-tiga anak lelakinya sedang menjalankan tugas.

Milvina dan suami, Gerardo telah dikurniakan tiga orang anak lelaki, di mana ketiga-tiga mereka bertugas dalam pasukan tentera.

Walaupun banyak acara keluarga tanpa kehadiran anak-anaknya, Milvina berharap agar kesemua anaknya itu selamat ketika bertugas. Terutamanya, ketika kepungan di Marawi yang telah berlansung selama 5 bulan. Ia terletak di bahagian Selatan Filipina.

Ketiga-tiga adik beradik berkenaan berhadapan dengan detik kesukaran ketika pertempuran berlaku. Anak pertamanya, Lt. John Melvin Garcia merupakan juruterbang untuk Strike Wing ke-15 tentera udara Filipina. Kedua, Lt. Gerson Garcia dan terakhir merupakan Lt. George Bernard Garcia, masing-masing berada di Divisyen Pertama tentera Filipina.

John sangat bimbang akan keselamatan adik-adiknya kerana mereka lebih terdedah ketika pertempuran

Nasib menyebelahi mereka apabila ketiga-tiga mereka tidak tercedera dalam pertempuran tersebut. Mereka berhasrat untuk membuat kejutan semasa sambutan ulang tahun ke-51 tahun ibunya

Oleh kerana sudah lama mereka tidak berjumpa kerana tugas dan tanggungjawab terhadap keluarga masing-masing, maka Milvina tidak menjangkakan apa-apa

Dengan bantuan ABS-CBN Filipina, adik-beradik tersebut menyertai program siri televisyen ‘Family is Love’ sempena Hari Natal bagi memenuhi hasrat ibu mereka

Pertemuan berkenaan sangat mengharukan! Milvina dilihat menitiskan air mata kegembiraan sambil memeluk ketiga-tiga anak lelakinya  

Bapa mereka, Gerardo, juga sangat terharu dengan kejutan itu

Ia merupakan hadiah terbaik buat Milvina!

Pertempuran bersenjata Marawi adalah pertempuran terpanjang dalam sejarah Filipina, di mana ia melibatkan pasukan keselamatan kerajaan Filipina dengan militan yang berpangkalan di Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan jihad Maute dan Abu Sayyaf Salafi.

Pihak militan menduduki bangunan utama termasuk dewan bandar, universiti, hospital dan penjara, selain turut menduduki jalan-jalan utama, membakar gereja dan juga menjadikan paderi sebagai tebusan.

Sumber : Era  Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *