Pasangan Ini Tular Kerana Memakai Uniform Kerja Masing-Masing Untuk Sesi Bergambar Pra-Perkahwinan

Posted on

Bagi kebanyakan pasangan yang bakal berkahwin, mereka akan cenderung untuk memilih busana yang cantik serta lokasi yang memukau ketika sesi pengambaran pra-perkahwinan. Tetapi hal yang berbeza buat bakal pengantin, Sunita Salaemae dan tunangnya, Adeelan Salae yang memilih untuk mengenakan pakaian uniform kerja dan ladang getah sebagai latar belakang gambar mereka.

Sunita bertugas sebagai seorang jururawat di Thailand dan memilih untuk menamatkan zaman bujangnya bersama lelaki pilihan hati yang bekerja di ladang ternakan dan estet getah, di mana ia menjadi lokasi pengambaran gambar mereka. Manakala jurugambar yang menjalankan tugas untuk merakamkan detik bermakna mereka itu adalah Yusree Yusohem. Ia sememangnya sangat unik dan lain daripada kebiasaan menyebabkan mereka menjadi tular di laman sosial.

Ramai yang memuji pasangan ini kerana tidak membazirkan wang mereka untuk pengambaran pra-perkahwinan sebegini. Menurut jurugambar, pasangan berkenaan sangat mencintai antara satu sama lain kerana tidak langsung memilih pasangan hidup berdasarkan rupa dan kekayaan. “Cinta tidak bergantung kepada karier tetapi lebih menjurus kepada cara untuk menjaga antara satu sama lain,” tulis Yusree pada kenyataannya di Facebook. Gambar mereka itu dengan pantas menerima 15,000 like daripada pengguna.

Melalui gambar di bawah, dapat kita saksikan pasangan ini sangat menghargai antara satu sama lain dan ikhlas menerima diri masing-masing seadanya. Semoga ikatan yang bakal dibina kelak akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Kredit: Facebook|Yusree Yusohem

Sumber: Facebook|Yusree YusohemGood Times, Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *