Orang Yang Kahwin Dengan Kekasih Dari Zaman Sekolah Lebih Bahagia -Pakar

Posted on

Menipulah kalau kamu tak pernah bercinta masa zaman sekolah dulu. Paling tidak, pasti hati pernah terdetik untuk jatuh cinta terhadap seseorang yang menangkap perhatian kamu betul tak? Maklumlah, adakalanya lebih baik mencintai seseorang secara senyap daripada cinta kita itu kemudian ditolak bulat-bulat.

Menurut kajian yang pernah dikongsikan, berkahwin dengan kekasih zaman sekolah itu ternyata lebih terjamin dan bakal berakhir dengan kebahagian sehingga ke akhiranya, betul ke? Ini admin kongsikan alasannya.

#1 Ada Dengan Kita Untuk Hadap Perkara Besar Dalam Hidup

Dialah yang ada dengan kita waktu suka dan duka termasuklah masa kita peroleh keputusan PMR/PT3/SPM, sewaktu pegang skrol graduasi di konvokesyen Universiti, waktu kita tertekan menghadap situasi di alam pekerjaan, waktu kita menangis gembira di hari pernikahan, waktu kita meneran melahirkan zuriat untuknya… dari dulu sampai sekarang semua momen berharga dapat dikongsi bersama!

Sumber: lifehack.org

#2 Kemungkinan Untuk Bercerai Sangat Rendah

Kalau dah kekal sampai hari ni sejak dari zaman sekolah dahulu, sukar rasanya untuk si dia meninggalkan kita sewenangnya. Dari remaja sampai dah berumur macam ni kalau si dia masih sanggup bersama kita, itu adalah cinta yang paling agung dan pasti ramai pasangan lain yang iri melihat.

#3 Rapat Dengan Keluarga Mertua

Tak dinafikan ada orang yang bercerai sebab tak tahan dengan keluarga mertua. Tapi kalau kita kahwin dengan kekasih zaman sekolah, ibu bapa mereka pasti sudah kenal rapat dengan kita betul tak? Jadi tak ada masalah untuk nak mesra dan jadi rapat dengan ahli keluarga pasangan kita 🙂

Sumber: popsugar.com

#4 Tempoh Dari Rakan Menjadi Kekasih Bantu Kuatkan Emosi

Kita yang dulu bukanlah kita yang sekarang, waktu muda memang lebih banyak drama daripada yang logik betul tak? Maklumlah masing-masing belum matang. Oleh itu, tempoh waktu perkenalan sudah lebih lama dan pastinya si dia dapat mengenal baik buruk kita secara mendalam. Setakat merajuk dan amarah kita tu, semuanya dalam poket dia. Dia mensti boleh handle!

#5 Miliki Hati & Jiwa Kental

Sebab dalam tempoh perkenalan yang sangat lama dari zaman sekolah, dah selalu sangat bertengkar, bergaduh, salah faham dll. Jadi bila dah jadi suami isteri, rasanya tak ada masalah pun untuk satu sama lain bergaduh besar. Asalkan keduanya kekal berada di sisi masing-masing, merajuk pun mesti sekejap je.

Sumber: Pinterest

Senang kata, kalau kenal sejak zaman sekolah… mereka bukan saja kekasih tetapi juga teman. Lebih mudah sebenarnya berkongsi pendapat dan buah fikiran dengan orang yang sudah mengenali kita lebih berbelas tahun betul tak? Sekurang-kurangnya mereka sudah faham emosi kita dan tahu cara untuk menenangkan kita.

Ada siapa-siapa masih kekal bercinta atau sudah berkahwin dengan kekasih dari zaman sekolah? Cuba komen sikit. ❤

Sumber : Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *