Manfaat Air Alkali, Ramai Selebriti Cantik Amalkan

Posted on

Sering kita dijolok dengan kenyataan nasihat yang berbunyi, “Seseorang perlu mengambil sekurang-kurangnya lapan gelas air putih sehari”. Namun, masih ramai lagi nampaknya yang liat untuk meminum air dengan kadar yang cukup kerana lekas berasa senak dan kembung walhal, air putih berupaya meneutralkan kembali tubuh dari sebarang racun dan toksin.

Hal ini lain apabila membezakan tabiat orang kita dengan masyarakat di luar negara. Umumnya, mereka sangat berdisplin dalam meminum air dan lebih menarik, mereka bukan sahaja mengamalkan air yang secukupnya tetapi air tersebut turut berasal dari sumber mewah digelar, air alkali.

Air Alkali Dianggap “Air Orang Kaya”

Golongan selebriti sering dikaitkan dengan pengamalan air alkali. Melihatkan gaya hidup mereka yang mewah dan senantiasa perlu menjaga penampilan, air alkali digunakan sebagai cara mudah untuk mengekalkan kesihatan serta keremajaan kulit. Percaya atau tak, harga air alkali boleh mencecah RM15 hingga RM20 sebotol tau!

Beza Air Paip Biasa Dengan Air Alkali

Air paip biasa dikuatiri molekulnya kerana ia mungkin mengandungi benda asing, termasuklah asid dan kotoran yang tidak elok dikonsum manusia. Manakala, air alkali pula adalah air dengan nilai pH seimbang -kadar asidiknya lebih rendah berbanding air takungan atau air dari sinki.

Sumber: homewatersolutionsllc.com

Secara dasarnya, air alkali cumalah air biasa yang telah dibaik pulih dengan penambahan agen alkali untuk meningkatkan tahap alkali kandungan air melebihi 7 hingga 9.5pH ke atas.

Manfaat Air Alkali Untuk Kulit Cantik

Memang banyak manfaat air alkali terhadap kulit kerana ia mampu cepatkan penyembuhan luka, pulihkan kegatalan kulit, redakan radang serta jerawat, cerahkan kulit, pudarkan bintik hitam dan kedutan, kawal penuaan kulit, kecutkan pori-pori, kurangkan penghasilan minyak muka dan haluskan permukaan kulit.

Tiga Cara Murah Buat Air Alkali Sendiri Di Rumah

#1 Guna Lemon

Belah lemon kepada 8 bahagian. Tak perlu perah, masukkan sahaja potongan lemon tersebut ke dalam 2 liter air putih. Tutup bekas air tersebut dan biar lemon berendam semalam untuk 8 hingga 12 jam. Boleh tambah satu sudu besar garam merah jambu Himalaya untuk tingkatkan kandungan mineral air alkali buatan kamu tu.

#3 Beli Jag Dilengkapi Penapis Ion

Rasanya dah banyak jenama keluarkan jag istimewa ni! Ia boleh menukar air putih biasa menjadi air alkali dengan bantuan penapis ion yang dipasang pada bahagian dalam jag. 

Sumber: PureAire

#3 Serbuk Soda Bikarbonat

Apabila soda bikarbonat digabung dengan air, ia secara automatik akan tingkatkan kandungan alkali dalam air. Tambah 1/8 camca teh serbuk soda bikarbonat ke dalam 8oz air putih. Kacau atau goncang air tersebut sehingga serbuk soda larut dan boleh diminum seperti biasa.

Selain elok untuk kulit, air alkali juga baik untuk tulang kerana ia mengandungi nilai kalsium yang tinggi -bantu perkukuh kekuatan tulang manusia. Jadi, amalkan dan minumlah air alkali mulai dari hari ni okay? Selamat beramal! ❤

Sumber : Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *