Lelaki Ini Muncul Semula di Rumahnya Selepas Dikebumikan 7 Bulan Lalu! Ahli Keluarganya Kaku Melihat ‘Hantu’ Itu

Posted on

Seorang lelaki yang berasal dari daerah Si Ka Ket, Thailand baru-baru ini telah menggemparkan ahli keluarganya dan seluruh penduduk apabila dia yang dianggap sudah lama meninggal dunia tiba-tiba muncul di pintu rumah mereka!

Sakorn Sacheewa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak polis kira-kira tujuh bulan yang lalu iaitu pada tanggal 18 Mei namun kehadirannya benar-benar membuatkan semua orang menjadi pucat lesu!

Kredit: Oriental Daily

Menurut SCMP, Sakorn telah berpindah ke Bangkok untuk bekerja di atas bot nelayan selama dua tahun. Dalam tempoh tersebut, dia tidak pernah sekali pun menghubungi ahli keluarganya di kampung.

Pada bulan Mei, ahli keluarganya telah dihubungi oleh pihak polis tempatan yang meminta mereka untuk mengambil mayat Sakorn. Pada waktu itu, polis mengesahkan Sakorn telah ‘meninggal dunia’ akibat penyakit berkaitan pencernaan di rumah sewanya yang terletak di Bangkok.

Sedih dengan berita ‘kematian’ tersebut, kesemua ahli keluarganya membuat tuntutan terhadap mayat Sakorn di Fakulti Perubatan Hospital Universiti Navamindradhiraj.

Kredit: YouTube

Sewaktu proses pengecaman mayat, sepupu kepada Sakorn yang dikenali sebagai Nakornchai menyedari bahagian hadapan gigi mayat kelihatan berbeza. Hal ini kerana, Sakorn tidak mempunyai dua batang gigi hadapan manakala mayat tersebut pula mempunyai barisan gigi hadapan yang sempurna.

Nakornchai cuba menyuarakan isu ini kepada pegawai yang bertugas namun tidak diendahkan. Jadi, mereka sekeluarga tetap dengan keputusan untuk membawa pulang mayat berkenaan.

Sijil kematian telah dikeluarkan tiga hari kemudian dan mayat dikebumikan dengan penuh adat-istiadat.

Kredit: Oriental Daily

Akan tetapi, tujuh bulan kemudian, Sakorn yang masih lagi sihat walafiat telah berhenti kerja dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Menyangkakan tiada apa yang berlaku, Sakorn menganggap kepulangannya itu pasti akan dinanti-nantikan oleh seluruh ahli keluarga.

Namun begitu, setibanya Sakorn di hadapan pintu rumah, keluarganya memberitahu bahawa mereka telah lama menanam mayat Sakorn!

Semua ahli keluarga benar-benar tidak mempercayai apa yang berada di hadapan mata mereka. Mereka terus menyentuh Sakorn bagi memastikan lelaki itu bukan hantu yang cuba mengganggu mereka.

iStock

Malah, ibunya yang turut terkejut telah berkata:

“Kamu sudah mati, macam mana kamu boleh datang balik?”

Setelah itu, Sakorn telah memberikan penjelasan sebenar mengenai keadaannya di Bangkok. Menurut Sakorn, ketika bekerja di sana, kad pengenalannya telah dicuri oleh seorang pekerja Myanmar yang kemudiannya melarikan diri.

Tetapi, mayat siapa yang mereka kebumikan, itu masih menjadi persoalan dan pihak polis juga tidak mempunyai jawapannya.

Memandangkan semuanya sudah jelas, Sakorn kemudian meminta rekod kematiannya dibubarkan kerana dia masih hidup dan akan terus bahagia bersama keluarganya.

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *