Kucing Ini Sentiasa Tersenyum dan Pandai Mengenyitkan Mata, Pasti Lebih Kacak Berbanding Teman Lelaki Anda!

Posted on

Kucing sememangya dikenali sebagai haiwan domestik, di mana ia berbeza dengan spesiesnya yang lain, yang tinggal di alam liar. Kucing domestik merupakan mamalia karnivor, bersaiz kecil dan berpesonaliti manja, serta sesuai dijadikan peneman hidup manusia.

Untuk pengetahuan anda, ada pelbagai jenis baka kucing antaranya ialah Ragdoll, Parsi, Siam, Burma, British Short Hair, Maine Coon, Abyssinian, Norwegian, Sphyx, Scotttish Fold, Munchkin, Angora, Siberian, dan pelbagai lagi. Selain itu juga, terdapat baka Russian Blue yang kini sangat mendapat perhatian.

Di California, terdapat seekor kucing baka Russian Blue berusia 1 tahun 5 bulan yang diberi nama Ruble oleh tuannya. Dia terkenal dengan ciri fizikal mukanya yang sentiasa kelihatan sedang tersenyum dan oleh sebab itulah, Ruble diberi jolokan “Tersenyum seperti Lelaki Sejati”. Hal ini bertitik tolak daripada keadaan mulutnya yang sedikit ke atas, menampakkan Ruble seperti sedang tersenyum setiap masa!

Inilah Ruble, si penggoda yang mampu mencairkan hati sesiapa yang melihatnya

Lihatlah senyuman Ruble yang sungguh sempurna, tidak seperti dibuat-buat

Ruble sangat lincah, senyumannya tatkala berlari berupaya menyinari hari orang lain

Dengan wajah yang manis tersenyum, Ruble juga mempunyai sepasang mata yang cantik bewarna hijau dan bersinar-sinar

Bukan sahaja pandai senyum, malah pandai juga si Ruble mengenyitkan mata ya!

Ke mana sahaja Ruble pergi, pasti akan menarik perhatian orang lain

Tersenyum sambil menjelirkan lidah. Comel sungguh!

Ruble memang handal mencuri hati kucing lain dengan kenyitan matanya

Sedang bermanja pun masih kacak

Si Ruble yang sentiasa gembira dan tersenyum

Gaya Ruble yang nakal

Ruble ketika sedang fokus

Ketika musim sejuk

Menyamar jadi arnab pun boleh

Sumber dan kredit: Ruble the Russian Blue Via Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *