Kerajaan Jepun Mahu Beri 10 Juta Buah Rumah Secara Percuma Namun Tiada Siapa yang Mahukannya

Posted on

Kerajaan Jepun baru-baru ini menguar-uarkan satu insentif yang sangat bermanfaat buat seluruh rakyatnya di mana pihak kerajaan bercadang untuk menjual beberapa buah rumah pada harga yang sangat rendah.

Bukan itu sahaja, kerajaan juga dilaporkan bercadang untuk memberikan rumah tertentu secara PERCUMA kepada mana-mana rakyat memandangkan berlakunya lambakan rumah terbiar yang tidak berpenghuni.

Menurut laporan mStar, dianggarkan sebanyak 10 juta buah rumah terbiar di bawah skim ‘Akiya’ telah diberikan bertujuan untuk menggalakkan golongan muda supaya terlibat di dalam pasaran hartanah. Oleh demikian, kerajaan menawarkan penjualan rumah pada harga yang sangat rendah dan mungkin secara percuma.

Kredit: mStar

Di samping itu, syarat kelayakan untuk memohon skim Akiya ini juga begitu mudah di mana pemohon perlulah mempunyai ahli keluarga yang berumur di bawah 43 tahun dan mempunyai anak-anak yang bersekolah rendah.

Jika di Malaysia, tawaran yang sungguh memukau ini pasti membuatkan rakyat sanggup beratur panjang demi membolehkan permohonan mereka untuk mendapatkan rumah diluluskan.

Walau bagaimanapun, hal ini tidak terjadi kepada masyarakat di Jepun. Rata-ratanya langsung tidak tertarik dengan insentif tersebut memandangkan kebanyakan rumah yang termasuk dalam promosi ini adalah terletak di kawasan pedalaman dan bukannya kawasan bandar.

Di samping itu, masyarakat Jepun turut mempunyai kepercayaan karut di mana mereka percaya rumah yang kosong dan terbiar seperti ini sukar untuk dijual di pasaran disebabkan oleh perkaitan dengan kes bunuh diri, pembunuhan mahupun ‘Kodokushi’.

Kredit: mStar

Kodokushi merujuk kepada fenomena di mana rakyat Jepun mati seorang diri dan mayatnya hanya ditemui setelah sekian lama. Justeru, rumah-rumah ini dianggap sebagai ‘pembawa malang’.

Meskipun ramai mendapati lokasi perumahan di luar bandar dan susun atur kawasan yang agak luas berbaloi untuk diduduki, terdapat beberapa risiko yang perlu diambil kira seandainya rakyat ingin memohon skim perumahan Akiya ini.

Pertama, kos pengubahsuaian rumah-rumah tersebut dikatakan boleh mencecah harga yang sama seperti membeli hartanah di tempat lain.

Kredit: mStar

Kedua, kebimbangan rakyat sekiranya pemilik asal rumah tersebut akan muncul pada suatu hari untuk menuntut pemilikan rumah berkenaan dan hal ini pastinya akan menimbulkan kesulitan pada masa hadapan.

Berikutan itu, ramai yang beranggapan bahawa skim perumahan Akiya ini adalah satu ‘kegagalan sosial secara mutlak’ namun disebabkan harga perumahan di Tokyo yang dianggarkan mencecah RM3.3 juta untuk kediaman baharu, skim Akiya ini mungkin ‘terpaksa’ menjadi pilihan ramai yang perlu dipertimbangkan demi masa hadapan keluarga muda.

Sumber: World of BuzzmStar, Onlineyuba

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *