Kanak-Kanak Kulit Hitam Ini Digelar “Perempuan Tercantik Di Dunia” Tapi Sayangnya Netizen…

Posted on

Baru lima tahun, kanak-kanak perempuan dari Nigeria ini bikin warga internet panas dengan rupa parasnya.

Jare, mendapat gelaran “perempuan paling cantik di dunia”, gara-gara fotonya serba-serbi sempurna tular – warna kulit coklat berkilat, sepasang mata galak, bibir kecil yang comel serta rambut besar bak afro, cukup membuatkan netizen naik gila melihatnya. Ada ibaratkannya seperti anak patung dan angel dari kayangan.

Jare berusia 5 tahun dari Nigeria. Foto – Boredpanda

Walaupun Jare bukan model profesional tapi lagaknya di depan kamera sudah seperti seorang yang pro, dia tahu bagaimanapun mahu bergambar untuk mendapatkan angle terbaik. Hebat!

Foto – Boredpanda

Gelaran tercantik di dunia sebelum ini dipegang oleh Anna Pavaga, 8, yang diberikan pada Disember tahun lepas selepas berjaya memulakan kerjaya pemodelan pada usia tiga tahun.

Anna Pavaga, 8. Foto – Boredpanda

Walaubagaimanapun ada juga sesetengah yang tidak bersetuju dengan gelaran tersebut. Mereka yang menentang merasakan tidak sesuai untuk meletakkan foto kanak-kanak di media sosial atau membanding beza mereka.

Foto – Boredpanda
Foto – Boredpanda

Ada juga yang bersetuju dengan gelaran tersebut dan berharap orang ramai tidak mengganggu Jare kerana dirinya masih kecil untuk menerima kecaman negatif.

Sumber : Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *