Kanak-Kanak Kemboja yang Bertutur 15 Bahasa Dijemput ke Beijing Untuk Berpeluang Menjadi Penyanyi

Posted on

Beberapa hari yang lalu, kanak-kanak dari Kemboja ini mengejutkan ramai orang dengan keupayaannya bertutur lebih daripada 10 bahasa Nah, berkat kuasa media sosial, dia kini menjadi terkenal sehingga keluarganya dijemput oleh sebuah syarikat media ke Beijing, China.

Menurut Sinchew, kanak-kanak berusia 14 tahun yang bernama Thaksin terkenal selepas bercakap dengan pelancong Malaysia dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Melayu, Mandarin, Jerman, Perancis dan Thailand. Video-video itu tersebar dalam sosial media dan bahkan beberapa wartawan menemu ramah dengannya untuk media tempatan.

 

Kredit: Venus Gwc

Ternyata, kebolehan Thaksin bercakap lebih dari 15 bahasa kerana dia pelajari daripada para pelancong sementara adik lelakinya yang berusia 11 tahun, Tol Tithyya dapat bercakap 11 bahasa. Daripada semua bahasa, kedua-dua mereka sangat suka Mandarin dan mereka telah menyatakan keinginan mereka untuk menghadiri acara muzik di Beijing.

Suara Thaksin menimbulkan minat terhadap sebuah syarikat media China yang kemudian menjemput keluarga Thaksin untuk perjalanan penuh ke Beijing. Selain ditemuramah di China, penerbit juga memberi kesempatan kepada Thaksin untuk membuktikan dirinya di atas pentas. Jika dia berbakat dalam menyanyi, syarikat itu akan membawanya masuk dan menyediakan semua latihan yang diperlukan untuk menjadikannya seorang penyanyi.

Selain ditanggung kos perjalanan, saudara-saudaranya juga menerima bantuan kewangan dan sumbangan makanan dari Persatuan Palang Merah Kemboja, yang akan membolehkan kanak-kanak tersebut meneruskan pelajaran mereka.

Satu lagi organisasi kebajikan tempatan membawa mereka ke sebuah kedai mainan dan memberi peluang kepada mereka untuk memilih mainan kegemaran mereka. Kereta kawalan jauh, bola sepak dan basikal dibawa pulang ke rumah pada hari itu.

Kredit: Sinchew

Semoga perjalanan mereka ke Beijing berjalan dengan lancar dan selamat maju jaya!

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *