Ibu Tunggal Berhenti Kerja Untuk Mengusahakan Tanaman Cili dan Mendapat Keuntungan Sebanyak RM30,000 Dalam Masa 5 Bulan

Posted on

Seorang ibu tunggal mengambil keputusan yang sukar apabila dia melepaskan pekerjaannya untuk memberi tumpuan kepada perniagaan penanaman cili, dan itulah keputusan terbaik yang pernah dibuat olehnya.

Nur Hashimah Mahmood, 38, telah meletak jawatan dari syarikat swasta pada tiga tahun yang lalu setelah mendapati bahawa rakannya yang mengusahakan ladang cili di Kluang, Johor telah menjana pendapatan yang baik, lapor Harian Metro.

Kredit: Harian Metro

“Walaupun saya tidak mempunyai pengalaman dalam bidang perniagaan, namun saya tidak teragak-agak untuk berhenti dari pekerjaan lama saya. Malah, adik-beradik saya, terutamanya abang saya, menyokong keputusan saya.

“Saya belajar teknik fertigasi dari Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Langat sebelum menyewa sebidang tanah berukuran 1.2 hektar di Bukit Pelanduk. Kemudian, saya membelanjakan sebanyak RM24,000 untuk beberapa peralatan fertigasi dan membeli 2,000 anak pokok cili,” kata Nur Hashimah.

Seterusnya, Hashimah membeli 4,000 pokok cili tambahan dan menjadikan jumlah pokok yang dimiliki sebanyak 6,000 pokok. Ladangnya terletak di Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kredit: Business Insider

“Setiap hari, saya akan pergi ke ladang untuk memeriksa tanaman cili. Saya memilih untuk mengusahakan cili kerana mereka mudah untuk dijaga dan tidak memerlukan banyak tenaga kerja jika anda menggunakan teknologi moden.

“Dengan sistem fertigasi yang ada, saya tidak perlu membajak, merapikan atau menggunakan racun perosak untuk tumbuh-tumbuhan. Lebih-lebih lagi, sistem pengairan moden membantu saya dari banyak masalah. Saya hanya perlu menetapkan masa untuk sistem bekalan air dan secara automatik sistem ini akan membekalkan air pada masa yang tertentu,” katanya.

Selepas lima bulan, tanaman sudah siap untuk dituai dan Hashimah berjaya mengumpulkan hampir lima tan cili dari 2,000 pokok cili. Keuntungan yang diperolehi adalah RM30,000 yang seterusnya telah memberi motivasi untuk Hashimah untuk terus berkembang maju.

Selain daripada mengusahakan cili, Hashimah juga turut mengusahakan timun dan buah tembikai wangi atau rock melon untuk mempelbagaikan tanaman dan untuk memenuhi permintaan pasaran.

“Bekerja di bawah sinaran matahari dan hujan tidak menjadi masalah bagi saya kerana saya mempunyai motivasi yang tinggi. Saya tidak akan berputus asa kerana saya melakukan ini untuk kehidupan saya,”katanya.

Sumber: World of Buzz Via Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *