Gelagat Comel Sepasang Panda Merah Kembar Berdiri Mengangkat Tangan Mencuri Perhatian Netizen

Posted on

Panda merah (Ailurus fulgens), juga dikenali sebagai beruang merah, kucing merah, dan musang merah adalah mamalia yang berasal dari Himalaya timur dan barat daya China. Ia mempunyai bulu coklat kemerah-merahan dan berekor panjang.

Panda merah telah diklasifikasikan sebagai terancam oleh IUCN, kerana populasi liarnya dianggarkan kurang daripada 10,000 individu matang dan terus menurun akibat kehilangan habitat, pemburuan haram dan kemerosotan pembiakan walaupun panda merah telah dilindungi oleh undang-undang kebangsaan.

Baru-baru ini, netizen Jepun mengambil gambar gelagat comel sepasang panda merah kembar yang mencuit hati di Zoo Omoriyama di Akita City. Ia kelihatan seperti satu gambar antara satu sama lain. Mereka berdiri sambil mengangkat kedua-dua belah tangan.

Walaupun ekspresi wajah mereka kelihatan lucu di mata netizen, namun mereka sebenarnya sedang berpura-pura kelihatan garang. “Jangan ketawa, saya menakutkan kamu dengan sangat serius!”

Netizen berkata, gelagat mereka sama seperti aksi ahli sukan sumo.

Kedua-dua panda merah comel ini adalah kembar yang dilahirkan pada 12 Julai tahun ini, dinamakan かんた (Kanta) dan ひなた (Hinata).

Pasangan kembar comel ini ternyata telah mencuri perhatian ramai orang yang terhibur melihat aksi comel mereka.

Namun, disebalik aksi comel mereka sebenarnya untuk mempertahankan diri mereka. Jika mereka berdiri mengangkat tangan seperti gambar tersebut, mereka sebenarnya bersedia untuk menyerang musuh dengan kuku tajamnya.

Jika anda melihat panda merah berdiri seperti dalam gambar tersebut, jangan ketawa kerana mereka sebenarnya mahu menakutkan anda.

Sumber: @AquiOh@monmon_redpanda

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *