Fakta Si Puteri Thailand Yang Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Dalam Istana

Posted on

Sebelum ini penulis pernah berkongsi tentang kisah seorang kerabat diraja England yakni Lady Amelia Windsor dikatakan ahli kerabat paling cantik!

Lupakan yang itu sebentar kerana di Asia kita mempunyai seorang puteri raja yang sangat berbakat dan luar biasa. Kenali Puteri Sirivannavari Nariratana iaitu anakanda kepada raja baharu Thailand, Raja Vajiralongkorn.

Puteri Sirivannavari kini berusia 31 tahun, masih bujang dan sedang aktif dalam mendominasi dunia.

Foto – Visual Press Agency

Majalah Tatler pernah menyoalkan ‘adakah Puteri Sirivannavari Nariratana antara kerabat diraja paling berbakat?’

Rata-rata yang menjawab setuju dengan jolokan itu kerana gerak-geri si puteri ini dalam melaksanakan tugas diraja bukan seperti kerabat diraja yang lain.

Apa yang beliau buat?

Mewakili Thailand ke sukan Asia Tenggara (SEA Games) dalam acara badminton dan ekuestrian. Bukan sahaja jadi wakil malah memenangi pingat. Puteri Sirivannavari Nariratana pernah memenangi pingat emas tahun 2005 dalam acara badminton dan pingat perak pada Sea Games 2917 untuk ekuestrian.

Foto – arkib Wanista.com

Jarang sekali mendengar puteri diraja yang lasak dalam sukan malah dapat mengharumkan nama negara sekaligus.

Foto – REUTERS/Soe Zeya Tun/Files

Jika anda ingat Puteri Sirivannavari hanya cemerlang dalam aktiviti fizikal, anda silap. Beliau juga berbakat dalam dunia fesyen. Nope! Bukan jadi model tapi berjata menghasilkan sendiri koleksi pakaian dan diperagakan di pentas Minggu Fesyen Paris. 

Dunia fesyen juga menyebabkan beliau menjadi ‘khayal’ kerana Puteri Sirivannavari sangat menggemari patternmaking iaitu mencipta sendiri dan melukis corak baharu pada tekstil. Biasa kita ingat orang-orang yang nak ceburi bidang fesyen ini hanya tahu melakar tapi Puteri Sirivannavari produce hasilnya fesyen dari mula sampai akhir!

Foto – arkib Wanista.com

Terkejut rasa bukan bila seorang puteri rasa yang dahulunya sering dikatakan duduk diam-diam di istana rupanya kini sibuk menjalani tugas seperti rakyat marhaen.

Sumber : Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *