Bina Atas ‘Tangan Tuhan’, Jambatan Unik Vietnam Buka Peluang Pelancong Masuk Alam Bunian

Posted on

Sebuah jambatan yang terletak di Da Nang, Vietnam baru-baru ini mula menjadi tarikan para pelancong dari dalam dan juga seluruh dunia kerana mempamerkan rekaan yang sangat luar biasa unik!

Kredit: newsexaminer

Jambatan tersebut direka dengan dua bentuk tangan gergasi yang diukir membuatkan jambatan itu seolah-olah sedang dipegang oleh ‘seseorang’.

Kredit: tournesoul.me

Dikenali sebagai Jambatan Keemasan, struktur binaan yang unik ini terletak di Bukit Ba Na pada ketinggian 1,400 meter dari paras laut sekali gus menawarkan pemandangan yang indah di kawasan luar bandar.

Kredit: smashpop

Laluan di sepanjang jambatan ini berwarna emas dan dihiasi dengan bunga Lobelia Chrysanthemums yang berwarna ungu..

Kredit: newsexaminer

Sungguh cantik, tetapi tarikan utama pada jambatan ini adalah ukiran tangan gergasi itu.

Kredit: newsexaminer

Dikatakan rekaan jambatan berkenaan merupakan hasil idea daripada sebuah syarikat bernama TA Landscape Architecture, manakala ukiran tangan itu pula sebenarnya bukanlah daripada batu.

Kredit: newsexaminer

“Kami mereka tulang rangka tangan itu dan menyalutinya dengan jaringan keluli. Kemudian kami letakkan gentian kaca dan menambah tema padanya. Keseluruhan pembinaan jambatan ini mengambil tempoh selama setahun,” kata wakil jurucakap syarikat berkenaan.

Kredit: _catricorn_

Dengan pelaburan sebanyak RM8 bilion untuk membina jambatan ini, sememangnya satu keputusan yang berbaloi kerana menjadikan Vietnam sebagai salah satu destinasi pelancongan di samping berjaya menarik lebih daripada 1.5 juta pelancong setiap tahun!

Kredit: _nna.1001_

Rasai deru angin sempoi bahasa menyapu kulit sambil disinari terik mentari, jangan lupa berkunjung ke Ba Na Hills, Vietnam untuk rakam detik istimewa bersama teman mahupun tersayang sambil berlatarkan suasana mendamaikan dari atas gunung.

Sumber : Era Baru dan Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *