Biar Betul? 5 Selebriti Korea Ini Rupanya Berketurunan Bangsawan

Posted on

Di Malaysia kita sudah biasa mendengar para selebriti yang mempunyai hubungan darah dengan kerabat diraja dan bangsawan. Lebih-lebih lagi kita mempunyai sultan pada setiap sembilan negeri, malah kehidupan peribadi selebriti tempatan lebih terbuka kerana mereka suka muatnaik segala cerita di akaun media sosial.

Berbeza sedikit dengan para selebriti luar khususnya Korea Selatan, segala kisah peribadi sukar untuk dibongkar kerana mereka kemas menutup mulut. Kalau dapat dikorek pun melalui pengumuman khas ejen atau sesi temubual ekslusif.

Agak mengejutkan apabila ada beberapa selebriti Korea mengaku mereka mempunyai susur galur dari golongan bangsawan dan diraja. Siapa mereka?

#1 Gong Yoo

Foto – Twitter

Jika dalam drama Goblin, si kacak ini berperanan sebagai pahlawan diraja tapi realitinya dia berketurunan cendekiawan. Gong Yoo memberitahu media dia merupakan keturunan ke-79 ahli falsafah Confucius. Ini bermakna Gong Yoo atau nama sebenarnya Gong Ji-cheol mempunyai campuran Taiwan.

#2 Gong Hyo-jin

Foto – DramaFever

Perasan tak nama keluarga aktress ini dan Gong Yoo sama iaitu ‘Gong’? Ya, mereka mempunyai keturunan moyang yang sama iaitu Confucius. Hyo-jin merupakan keturunan yang ke-81 dan ini membuatkan ramai peminat berfikir mungkin Gong Yoo ‘abang’ kepada Hyo-jin. Orang Melayu kata, ‘bau-bau bacang’.

#3 Lee Seung-gi

Foto – hallyusg.net

Rugi Yoona! Aktor dan pengacara serba-serbi boleh ini mengaku dirinya adalah salah seorang keturunan dari Putera YangNyeong iaitu abang kepada raja terulung Korea, Raja Sejong. Patutlah Seung-gi punya aura yang buat orang berkenan dan jatuh hati kepadanya. Malah perwatakan yang dibawa mempunyai sifat nobel dan royalty.

#4 Song Il-kook

Foto – Koogle TV

Ayah kepada kembar tiga paling popular Daehan, Minguk dan Manse ini mempunyai moyang berpengaruh besar dalam pergerakan kemerdekaan Korea iaitu Kim Jwa-jin. Malah datuknya juga Kim Du-han adalah seorang ahli politik tersohor. Rupanya keluarga Il-kook aktif dalam dunia politik Korea berbeza dengannya yang lebih senang menceburi bidang seni.

#5 Lee Hwi-jae

Foto – Kholic.id

Sama seperti Lee Seung-gi, ayah kepada kembar dua dalam rancangan Return of Superman ini merupakan darah keturunan diraja. Dari susur yang ke-19, Lee Hwi-jae adalah keturunan Putera Hyoryeong iaitu anak kedua kepada Raja Taejong dan adik kepada Raja Sejong. Bila dikira-kira semula Seung-gi dan Hwi-jae adalah saudara rapat lah kan?

Bagusnya mereka ini walaupun berketurunan dari keluarga hebat-hebat tapi tidaklah nak gembar-gempur sangat.

Sumber : Wanista

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *