Bermula Januari 2019, Anak Tanpa Warganegara Boleh Masuk Sekolah Kerajaan Dengan Hanya Beri Sijil Kelahiran

Posted on

KUCHING – Bermula Januari 2019, anak yang dilahirkan tanpa status warganegara akan diberi peluang untuk memasuki sekolah kerajaan dengan menyediakan salinan dokumen sijil kelahiran sahaja.

Kredit: RoketKini

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, pelbagai jenis dokumen yang diperlukan sebelum ini telah menyebabkan anak-anak tanpa status warganegara mengalami kesulitan untuk diterima masuk ke dalam sistem pendidikan negara.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dua tahun lalu, dianggarkan seramai 300,000 anak tanpa warganegara berusia 18 tahun ke bawah di Malaysia.

Kredit: European Commission

Justeru, pihak kementerian kini dalam usaha untuk memudahkan proses pendaftaran anak-anak ini supaya mereka juga berpeluang untuk belajar di sekolah kerajaan dan menerima pendidikan yang selayaknya.

“Selepas ini, jika salah seorang ibu bapa mereka warga Malaysia boleh mendaftar sekolah dengan mengemukakan sijil kelahiran atau perintah mahkamah atau sijil pengangkatan bagi anak angkat.”

Kredit: NST

Jelas Nie Ching lagi, anak tanpa warganegara juga kini layak memasuki sekolah menengah dengan hanya memberikan sijil kelahiran walaupun mereka tidak diiktiraf sebagai warganegara.

“Kita juga akan benarkan mereka menduduki peperiksaan awam seperti Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM),” ujar beliau dalam satu sidang media selepas majlis perasmian Pagar Alumni di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Kuching High.

Kredit: The Malaysian Insight

Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan, Wong King Wei; Naib Presiden Persatuan Teochew Kuching, Tan Cho Yen; Presiden Persatuan Ex-Highian Kuching, Pauline Gan Guet Beng dan Pengetua SMJK Kuching High, Tan Kiang Tuang.

Sumber: Utusan OnlineThe Borneo Post, Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *