Banjirkan Kereta Ibu Kerana Ingin Cuci Kesan Tumpahan Air Milo. Lihat Apa Milo Malaysia Hadiahkan Kepada Kanak-Kanak Ini Atas Tindakannya

Posted on

Pernahkah anda membaca kisah mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang tidak sengaja menumpahkan air Milo di dalam kereta ibunya dan kemudian mencuci kesan tumpahan tersebut dengan ‘membanjiri’ kereta ibunya.

Gelagat kanak-kanak ini yang menyebabkan bahagian dalaman kereta itu dipenuhi air membuatkan dia menjadi tular dengan serta-merta! Majoriti netizen amat terhibur dengan penerimaan dan pemahaman adik comel ini akan arahan yang diberikan oleh ibunya.

Kredit: Facebook

Disebabkan itu, pihak Milo Malaysia memutuskan untuk memberikan kejutan istimewa buat adik Izzah.

Jadi, pada 11 Oktober lalu sebuah van Milo telah dihantar ke Sekolah Kebangsaan Makmur yang terletak di Sabak Bernam, Selangor untuk menghadiahkan minuman Milo secara percuma kepada Nur Izzah dan rakan-rakannya.

Kredit: Facebook

Sebaik sahaja melihat van tersebut muncul di perkarangan sekolah, Nur Izzah ternyata kelihatan sangat teruja namun tidak mengetahui tujuan sebenar kedatangan van berkenaan.

Kredit: Milo Malaysia

Nur Izzah menjadi semakin keliru apabila namanya dipanggil dan diminta untuk tampil ke depan. Pada saat yang istimewa itu, Nur Izzah telah dihadiahkan dengan sebuah beg yang dipenuhi dengan barangan Milo sebagai penghargaan di atas sikap kebertanggungjawabannya untuk membersihkan kereta ibu.

Kredit: Facebook

Menurut ibu Izzah yang dikenali sebagai Puan Emmi, setelah anaknya itu menyebabkan bahagian dalam kereta menjadi banjir, dia telah meminta anaknya untuk mencedok kesemua air itu keluar.

Puan Emmi juga terpaksa meletakkan kenderaan di bawah panahan cahaya matahari dan membiarkan kesemua pintu kereta dibuka untuk mengeringkannya…

Kredit: Facebook

Kejutan ini ternyata menjadikan Nur Izzah sebagai kanak-kanak yang paling gembira di dunia! Nur Izzah kelihatan sangat bahagia apabila dia tidak henti-henti bercakap tentang van Milo tersebut.

Tindakan murni pihak Milo bukan sahaja menceriakan lagi suasana di sekolah dan menggembirakan hati semua kanak-kanak terutamanya Nur Izzah tetapi turut mendidik para pelajar tentang kepentingan memikul tanggungjawab.

Syabas Milo Malaysia!

Sumber: World of Buzz Via Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *