6 Sebab Mengapa Orang Rusia Sering Disalah Anggap Oleh Dunia Luar

Posted on

stereotaip rusia

Boleh dikatakan Rusia merupakan antara negara paling kontroversi di Bumi ketika ini. Banyak yang diperkatakan tentang negara ini dan tak banyak negara yang mempunyai stereotaip lebih-lebih lagi tentang perkara negatif, melainkan Rusia.

Walaupun ia boleh difahami mengapa ramai terutama dari Barat yang bimbang akan pengaruh Rusia terhadap kerajaan atau rakyat mereka, namun agak penting juga untuk kita membezakan orang Rusia dan budaya mereka, daripada kerajaan Rusia sendiri.

wajah lelaki dan wanita russia

Malah, apa yang lebih penting adalah mengenali siapa sebenarnya orang Rusia dan bukan hanya apa yang kita tahu melalui stereotaip liar yang sering merendahkan mereka.

Admin kongsikan 6 sebab mengapa orang Rusia sering disalah anggap di seluruh dunia.

1. Orang Rusia tak memandang kerajaan mereka dengan cara yang sama

protes orang rusia

Ramai orang Amerika Syarikat dan negara-negara Barat yang lain menghadapi masalah memahami pemahaman orang Rusia mengenai kerajaan.

Ini kerana orang Barat tidak dapat membayangkan kehidupan di mana kebebasan peribadi begitu terhad. Bagi orang Barat, kebebasan peribadi menentukan hidup atau mati seseorang.

Orang Rusia pula melihat perkara ini dengan begitu berbeza. Bukannya mereka secara semulajadi tunduk patuh terhadapnya, tetapi rakyat Rusia tidak pernah mempunyai apa-apa perkara seperti Demokrasi yang banyak dinikmati oleh negara-negara Barat.

Dan apabila anda tak pernah memiliki sesuatu, maka anda tak akan berasakan kehilangan atau mahu berjuang untuk mendapatkannya.

Disebabkan ini, kebebasan peribadi tidak menjadi keutamaan bagi kebanyakan orang Rusia dan mereka tak memahami mengapa terlalu banyak negara bimbangkan tentang isu ini.

Namun begitu, ini tidak bermakna orang Rusia tidak berminat dengan demokrasi, tetapi secara besar-besaran, ramai di antara mereka yang tak sanggup untuk menanggung hukuman terhadap sesuatu yang mereka tak punyai sejak dulu lagi.

2. Orang Rusia berwajah Eropah tetapi juga sebahagian daripada Asia

orang rusia

Mungkin salah satu perkara yang membuatkan orang Barat begitu sukar untuk berurusan dengan orang Rusia adalah hakikat di mana mereka kelihatan serupa tetapi berfikir dengan cara yang begitu berbeza.

Ini mungkin berasal dari asal-usul budaya mereka. Secara geografi, sebahagian besar daripada Rusia terletak di Asia, tetapi kawasan yang lebih banyak penduduknya berada di bahagian yang dikenali sebagai “Rusia Eropah”, bahagian Rusia yang masih dianggap sebagai Eropah Timur.

Ini sangat mengelirukan. Malah, orang-orang dari “Rusia Eropah” adalah lebih jauh ke Timur berbanding kebanyakan orang yang dianggap berasal dari Eropah dan ini mungkin mengubah pemikiran mereka.

Mereka juga merupakan sebahagian daripada negara yang mempunyai kebanyakan daripada wilayahnya di benua Asia. Ini bermakna ramai orang Rusia dari bahagian Eropah memiliki budaya yang dipengarhui oleh bahagian Rusia Asia.

Atas sebab ini, sesetengah orang Rusia mengatakan mereka mempunyai identiti yang lebih unik, iaitu gabungan antara Asia dan Eropah Timur.

3. Mereka dianggap agresif akibat kekejaman Napoleon Bonaparte

tentera rusia

Dalam sejarah dunia, terdapat sebuah perang yang berlangsung di seluruh dunia disebabkan oleh seorang yang bernama Napoleon Bonarpate.

Individu ini telah menceroboh banyak tempat termasuk Rusia. Orang Rusia sangat takut dan tidak pernah lupa akan sejarah hitam ini. 100 tahun kemudian, istilah “Bonapartist” masih digunakan di Rusia.

Mereka tersangat takut terhadap idea seorang pejuang yang bangkit dan mengamuk sehinggakan mengabadikan nama Napoleon dengan perkataan tertentu disebabkan usaha pencerobohan kecilnya terhadap negara mereka.

Kesannya, ramai orang hari ini menganggap Rusia sangat agresif, tetapi sejarah lama mendorong mereka untuk berjuang mengekalkan sempadan mereka. Sejak itu, mereka menjadi begitu bermusuhan dengan sesiapa yang rapat dengan mereka.

Parut yang ditinggalkan oleh Napolean terhadap orang Rusia masih berdarah.

4. Konsep “Poshlost” jelaskan mengapa orang Rusia melihat kekayaan dengan cara berbeza

poshlost rusia

Ketika ini terdapat ramai yang mentertawakan tentang bagaimana keluarga Kardashian menjadi terkenal dengan hanya tidak melakukan apa-apa pun. Pada masa yang sama, ramai juga yang melihat perkara ini sebagai sesuatu yang perlu diikuti.

Walaupun berlaku perbezaan pendapat seperti ini, keluarga Kardashian masih perlu melakukan banyak perkara untuk mengekalkan empayar mereka.

Dan ini membuatkan ramai orang melihat gaya hidup ini sebagai inspirasi kerana dilihatkan sebagai kehidupan di mana anda tak perlu buat apa-apa dan mampu mendapatkan apa sahaja yang diimpikan.

Pendek kata, ia menjadi impian orang Amerika, namun orang Rusia melihat ini sebagai sesuatu yang tak masuk akal.

Walaupun terdapat ramai bilionaire dari kalangan orang Rusia dan negara ini dibelenggu rasuah, namun mereka yang mempunyai perniagaan kecilan atau bekerja makan gaji mendapat penghormatan yang tinggi daripad orang biasa tanpa mengira kekayaan.

Di Rusia, hanya playboy-playboy sahaja yang tidak bekerja atau melakukan apa-apa pun, membuatkan golongan tidak dihormati.

Dalam kesusasteraan Rusia, terdapat konsep di mana ramai tokoh terkenal seperti penyair Alexander Pushkin atau penulis Mikhail Lermontov, menulis tentang “Poshlost”.

Poshlost adalah konsep yang digunakan untuk merujuk kepada keindahan luaran atau kekayaan kosong yang dipamerkan, sementara individu tersebut menghabiskan sebahagian besar daripada masanya dengan bersantai, berusaha untuk kelihatan seperti orang penting dan tidak memberikan apa-apa nilai kepada masyarakat.

5. Cetak rompak di internet bukan disebabkan budaya yang tidak jujur tetapi kerana kemiskinan

cetak rompak rusia

Pirate Bay dan laman torrent lain yang terkenal sentiasa mempunyai banyak torrents yang datang dari penggodam Rusia. Ramai banyak menggunakan laman cetak rompak pasti perasan bahawa banyak filem torrents mempunyai sarikata Rusia.

Disebabkan ini, ramai yang membuat kesimpulan bahawa Rusia adalah pencuri dan tidak jujur, namun ia bukanlah sebabnya mereka melakukan cetak rompak.

Hakikatnya, ramai orang Barat malah orang Malaysia menggunakan laman torrent, termasuk golongan pertengahan. Jadi ia agak hipokrit untuk menggelarkan orang Rusia sebagai pencuri.

Apa yang berlaku adalah orang orang Rusia tertarik untuk melakukan perkara ini kerana mereka tersangat miskin atau tidak mampu membeli filem asli.

Dan dalam banyak kes, ia mungkin tidak boleh didapati di Rusia, jadi mereka terpaksa melakukan cetak rompak untuk melepasi penapisan oleh kerajaan.

Walaupun ramai orang Rusia yang dilihatkan sebagai tidak jujur, namun mereka lebih pakar daripada kebanyakan negara dalam bidang teknologi maklumat.

6. Orang Rusia sedar jika mereka dihidangkan dengan propaganda oleh kerajaan

vladimir putin 299

Ramai orang beranggapan bahawa orang Rusia mudah tertipu dan Vladimir Putin mudah untuk menipu mereka.

Ramai percaya bahawa mesin propaganda Putin telah berjaya menundukkan orang Rusia yang menjadikan rakyatnya sebagai patung yang boleh dikawal dengan mudah.

Namun, hakikatnya situasi ini dan orang Rusia adalah lebih rumit daripada yang disangkakan. Sebenarnya, orang Rusia sangat menyedari tentang konsep propaganda dan mempunyai perkataan “Pravda”.

Pravda memberikan makna “kebenaran sebenar”, tetapi ia juga boleh bermaksud anda tahu bahawa anda dibohong dan dengan sarkastik berkata, “Oh ya, mestilah saya percaya,”.

Dan apa yang kelakar mengenai mesin propaganda Rusia adalah ia tidak berjaya untuk membodohkan di mana orang Rusia tahu mengenai pembohongan tersebut, namun semua orang berpura-pura bahawa propaganda tersebut berhasil bagi mengelakkan daripada apa-apa jenis konfrontasi dengan kerajaan.

Sumber : Iluminasi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *