5 Fakta Penting Pemergian Saleem Yang Akan Sentiasa Diingati

Posted on

Di usianya yang ke 56 tahun, penyanyi lagenda Saleem atau nama sebenarnya AM Saleem Abd Majeed menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur.

5 Perihal Disebalik Pemergian Saleem Iklim

Usai itu, rata-rara peminat dan juga rakan artis turut menitipkan doa dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham. Rentetan atas pemergian penyanyi ini, Hangat.com rangkumkan 5 perihal disebalik kehilangan besar penyanyi ini.

Meninggal Akibat Kecederaan Dalaman

Terdahulu, Allahyarham Saleem terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya membabitkan motorsikal yang ditunggangnya. Akibat kemalangan itu, 12 tulang rusuk penyanyi itu patah manakala salah satunya tertusuk paru-paru. Jenazah penyanyi itu selamat dikebumikan pada tengahari semalam di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras.

Sempat Keluar Dari Hospital Selama 6 Hari

Menurut sumber media tempatan, Allahyarham sempat pulang ke rumah setelah mendapat keizinan doktor memandangkan keadaannya beransur pulih pada 2 Oktober yang lalu. Akan tetapi pada 9 Oktober, Saleem dikejarkan semula ke hospital akibat kesihatannya dilihat semakin merosot.

Berita Pemergian Saleem Dapat Liputan Meluas

Benar, berita pemergian Saleem bukan sahaja mendapat liputan meluas dari media tempatan. Bahkan media di Indonesia, Singapura dan Brunei turut menyiarkan khabar berita yang mendukakan ini.

Peminat Di Indonesia Menangisi Pemergian Saleem

Siapa sangka bukan sahaja peminat di tanah air menangisi pemergian Saleem malah peminat-peminatnya di Indonesia turut menyifatkan berita pemergian Allahyarham seperti satu kehilangan yang besar.

Dikhabarkan, lagu hitsnya, Suci Dalam Debu telah terjual lebih dari 400 ribu cetakan di Indonesia, dua kali ganda lebih banyak dari tanah air.

Status Terakhir Dihujani Doa Dan Ucapan Takziah

6 September 2018 adalah statusnya yang terakhir di Instagram sambil mempelawa peminat untuk membeli tiket konsertnya. Kini postingnya yang terakhir itu dihujani doa dan ucapan takziah buat penyanyi kesayangan ramai ini. Al-Fatihah.

Sumber : Hangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *