2,341 Kes Virus HFMD di Pulau Pinang, Punca Utama Ditemui Pada Troli dan Kenderaan Mainan di Pasar Raya

Posted on

PULAU PINANG – Virus tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang kini menular di Pulau Pinang dipercayai berpunca daripada pemegang troli di pasar raya dan juga permainan kanak-kanak yang terdapat di pusat membeli-belah.

Menurut The Sun Daily, hasil siasatan oleh pegawai kesihatan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mendapati alat mainan dan kerusi yang ada di pusat beli-belah serta pasar raya juga menjadi punca utama kepada penularan wabak ini.

Kredit: The Reporter

Oleh itu, pihak JKN telah mengeluarkan notis arahan yang meminta semua pasar raya di negeri berkenaan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan troli, kenderaan mainan dan juga tempat duduk yang disediakan di premis masing-masing.

Susulan itu, pengarah urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin telah meminta para pekerja di semua cawangan Mydin untuk menjalankan pembersihan secara menyeluruh dalam dua peringkat.

Kredit: REUTERS

“Saya telah memberikan arahan kepada kakitangan di semua cawangan yang terlibat supaya mereka gunakan disinfectant dan pastikan kita akan membersihkan semua troli. Apabila pelanggan memulangkan troli tersebut, kami akan mengulang proses pembersihan”.

Tambah beliau lagi, “Yang kedua, kita akan menghulurkan pembersih tangan antiseptik kepada semua pelanggan yang berkunjung ke pasar raya supaya mereka membersihkan tangan mereka sebelum memegang troli”.

Kredit:  PSP

Menurut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pembangunan Luar Bandar Negeri, Dr Afif Bahardin:

“Walaupun bilangan kes baru merosot, bilangan keseluruhan masih tinggi iaitu 2,341 kes sehingga 21 Julai. Ini berbanding 1,099 kes bagi jangka masa sama tahun lalu”.

Penyakit HFMD ini boleh disebarkan melalui hingus, air liur, najis dan cecair dari individu yang dijangkiti HFMD. Antara simptom yang akan dialami adalah demam, sakit tekak, ulser mulut, ruam dan kelesuan serta mudah menjangkiti golongan kanak-kanak.

Kredit: Bernama Radio

Jelas Dr Afif, sebanyak 30 premis yang melibatkan 10 tadika, 7 nurseri, 6 sekolah rendah, 6 pra sekolah dan sebuah pusat jagaan kanak-kanak telah ditutup sejak virus ini dilaporkan menular. Sehingga kini, seramai 9 mangsa telah diberikan rawatan di hospital.

Sumber : Era Baru

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *